ads

Thursday, October 22, 2009

Wanita lahir bayi lelaki dalam pesawat Airasia

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.

Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.

Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe berkata, wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.

"Sebaik mendarat, ambulans yang sudah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan

percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur

hidup.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes,

yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan

kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.

"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut

kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya.

-Bernama

kredit to hmetro

Assalamualaikum,
kebetulan aku tgh kering idea ni,aku nk wat ulasan pasal berita ni.br je mlm td aku ngadu kat abgnas,brg baby satu hapa pn lom beli lg,skang dh 7bln 1mggu dh pn.bkn xnk beli,last 2 weeks dh p jusco,tp blur ya amat xreti nk beli apa pn lg.+ xlist down apa pn brg2 baby.tp mmg plan weekend ni,lpas reunion nk g beli kat tepeng.kalu xcukup br topup kat shah alam @ melaka nnt.
takut gak kes2 mcm ni kalu berlaku,huhuhu...
xpe,aku slalu pesan kat baby lam perut ni,jgn nakal2 sgt,n jgn la kuar awal2 sgt,ibu n ayah lom beli apa2 lg.
so skang ni jgn harap la nk travel ke mana2 naik flight,apa2 hal pn tggu baby kuar dlu ek.
ps;tp cam best lak,dr priviledge cam tu ek,hehehehe....

3 comments:

  1. leez;tu la pasal,besh tu free seumo hidup,hehehe...berjalan sakan la.

    ReplyDelete
  2. syoknya mcm tu..aku pun nak kalau dapat terbang ke mana-mana seumur hidup..uihhh..

    ReplyDelete