ads

Wednesday, June 15, 2011

my light cheese cake ;)

assalamualaikum wbt,
smgt memasak dh meresap dlm badan aku br2 ni.
ni kes membosan la ni,ye la br balik dr penang,p lepak tepeng lak kenduri,pastu balik perlis lak kenduri gak.suma penuh ngn aktiviti,tetiba balik melaka trus jd sangap,so bukak la blog masak memasak,tetiba tringin nk wat light cheese cake,siap tringat2 lg tu.resepi sbnr kat blog akak azita kitchen (tenkiu akak sbb sudi kongsi resepi yg maveles tu ;))
saya copy paste kat sini ye ;)

bhn2;
125gm cream cheese(tatura,philadelphia)
300ml susu segar(saya pakai susu ideal je ;P)
80gm butter
80gm tpg gandum
80gm gula halus(saya blend dlu)
3biji telur saiz A
beberapa titik esen vanilla n jus lemon

cara-cara

1.Masukkan susu+cream cheese kedalam periuk smbil kacau atas api perlahan guna hand whisk. Masukkan pula butter & kacau smpi semua larut,matikan api.

2.Asingkn putih telur dgn kuning telur.Pukul putih telur + gula smpi menjadi meringue,guna kelajuan max(ia xtumpah apabila diterbalikkan,megik kan ;P)

3.Dalam bekas lain yg lebih besar,pukul kuning telur smpi kembang kendian masukkan adunan cheese td dan terus kacau.

4.Masukkan tepung yg telah diayak skit2,n kacau lg.make sure adunan xberketul2,kacau hand whisk je.

5.Masukkan adunan meringue td kedlm adunan dgn beberapa titik esen vanilla n jus lemon.Gunakan kaedah kaup balik supaya adunan menjadi rata.(bleh gak guna hand whisk,tp kena gaul pelan2)

6.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian warna(saya guna 2 kaler je,merah n warna asal).

7.Sediakan loyang yg telah diglisskan n alas kertas.

8.Sendukkan 1 senduk adunan ke dlm loyang td(taruk kat tgh2 loyang).Kendian sendukkan satu senduk adunan yg berlainan warna pula(taruk atas adunan 1st td).ulang step ni smpi adunan habis.
*kalu nk dpt belang yg halus make sure sendukkan skit je

9.Masukkan ke dlm oven yg dh dipanaskn pd suhu 160 deg.masak guna kaedah water bath selama 45minit @ smpi masak(depend kpd oven msing2)


ni la kut meringue,smpi dia bertanduk



see,ia xtumpah apabila mangkuk diterbalikkan,ni bkn tipu2 main pusing gmbr tau ;P


setelah selesai kerja melayer,ni kaedah water bath ye.dlm loyang besar tu ada air panas


tadaaaaa,tp nmpk cam terlebih bakar skit,padahal dh ikut step suma td,huhuhu...
ni selepas diterbalikkan dan dipotong,rs bleh la melepasi tekak ni.
Alhamdulillah,successss


byk tul dugaan nk wat kek ni,kekeke...Actually bkn byk pn.

1.Zareen xnk tido siang tu,padahal aku dh gigil2 dh nk wat kek ni.

2.Dh zareen xnk tido,msti la dia nk membantu.Sekejap2 dia dtg cek dapur,then g sambung tgk kartun blik,jap2 dtg lg bukak2 kabinet.

tp aku terer,bleh handle je.Just part nk handle air panas je,aku terpaksa letakkan dia dlm palypen.apa lg,menagis mendayu2 la dia,tp sekejap je.

Sekian,wassalam.

1 comment: