ads

Friday, January 14, 2011

lapar di tgh2 mlm

salam,
intro entry ni dimulakan dgn gmbr zareen yg telah cukup setahun smggu ;P
smlm adalah hari penat bg aku(penat la sgt ;P).
sbbnya aku start masak dr kul 2ptg,kul 6 br dpt mkn,hehehe...penat tau masak n at the same time jaga anak,mostly anak yg br start bleh berjalan.semalam aku masak mee bandung je,tp yg jd lama tu sbb kejap2 lari dari dapur ke ruang tamu jengok2 minah kecik tu duk wat apa.sblm aku masuk dapur,aku dh sediakan ruang tamu utk dia,mean aku dh wat kawasan kepungan dah utk minah kecik tu bermain2 n bergolek2.suma bnda2 yg bleh memudaratkan spt kertas,alat mainan yg bleh dijolokkan ke mulut dia,pengikat langsir yg ada bulu2 tu suma aku dh simpan.means keadaan insyaalah selamat la utk zareen main.tp xbleh harap gak,sbb tu la masak mee bandung pn bleh jd 4 jam.mau taknya,kejap2 lari dr dapur ke ruang tamu(lari2 anak je).zareen ok,dia dh pandai layan kartun,kalu kena kartun yg dia suka,mengekek2 dia gelak(ade ke perkataan mengekek2? ;P).tp tu la,mmg xbleh masak ngn senang hati pnya kalu dia xde dlm penglihatan aku.
gambar sebelum wujudnya kawasan kepungan.zareen ni suka sgt tgk tv dekat2,means mmg dkt la,mcm nk masuk dlm tv trus. n kadang2 tgn dia rajin tekan2 punat kat tv tu.kalu biar lama2 bleh menyebabkan kerosakan mata n kerosakan tv(sbb slalu kena tekan ngn zareen ;P).
ini adalah gmbr selepas kawasan nya telah dikepung.sekurg2nya jauh la skit dr tv.dpt mengelakkan kerosakan mata n tv jugak,hehehe...
tp xbleh harap gak ni,kdg2 zareen pandai tolak meja tu skit2,smpila ada ruang utk dia bolos.ada hari tu skali,aku pnya la kepung dia cantik je,aku tgh kusyuk masak kat daput,skali aku dtg jengok dia parking baik pnya dpn tv.risau dia main wayar2 ja.so far aku dh sembunyikn wayar2 dr penglihatan dia,tp budak zareen ni rajin explore sgt.
entry disudahi dgn gmbr pankek aka lempeng.lpas mkn mee bandung,tgh2 mlm lapar.so merajinkn diri wat lempeng la.
ni 1st time wat jd cantik la skit,sblm ni penat wat tp tgk rupa mmg out la.ok la,babai ;)

Thursday, January 13, 2011

hukum mencukur bulu kening

salam,
anak dara aku tu tgh tgk tv lg,dh kul 1pg lbih dh ni.abgnas lak tgh layan game dlm bilik.so aku xde keje,aku telek belek la hmetro online,tgk kat bahagian tanya pakar.tetiba mata aku terpana kat satu artikel ni,berkaitan dgn hukum mencukur bulu kening.daripada pemahaman aku selama ni,xbleh cukur bulu kening.tp aku rs ustazah aku dlu ada bgtau kalu utk tatapan suami dibolehkan,ntahla aku pn xhengat sgt la.
sbbkan rasa ragu2 tu,so aku xpenah la cukur/merapikan bulu kening.time kawin dlu pn makandam nk alter kening tp aku xbg.
drpd pemahaman aku tentang artikel tu,dibolehkan utk mencukur/merapikan bulu kening dgn alasannya seorg wanita wajib menjaga penampilannya kerana Allah bersifat cantik dan suka pada yang cantik.utk maklumat lanjut sila klik kat link ini
ntahla,aku kurang yakin lg la,kena mencari ilmu lg ni.wallahualam.

Wednesday, January 12, 2011

malam yg panjang

salam,
br pukul 12.30mlm,slalunya time ni aku tgh tgk tv ngn zareen,tp mlm ni dia tido awal lak.kul 11.45 dia tido,time ni kira awal la,kalu tau mau smpi kul1-1.30am br dia tido.may b sbb penangan ubat demam n selsema yg aku bg td kut.zareen selsema,sbb berjangkit ngn aku la.aku lak kena selsema sbb aku kemas n cat bilik blkg.punya la berdebu bilik tu,ye la xdak sapa masuk pn,so aku pn malas la nk sapu selalu.sbb2 lain yg memungkinkan aku selsema adalah kerana aku bantai makan aiskrim mini corneto tu,dua kotak aku mkn sensorg je,abgnas may ada la 2-3 je dia mkn.satu kotak tu ada 12,so kalu dua kotak kira sendiri la.
kesian lak akt anak aku,hidung dia asik berair je 2-3 hari ni.dh la aku still bf dia.slalu mcm tu la,kalu dia@aku yg demam@selsema,lpas tu msti dedua org kena skali.zareen lbih manja ngn aku compare ngn ayahnya.
7hb january lpas genapla usia setahun puteri sulung kami tu.zareen dh bleh berjalan dh 2 hari sblm dia cukup setahun.kalu compare ngn budak2 lain,anak aku ni kira average la,ada budak 9-10 bln dh bleh jln n ada gak yg setahun lbih xbleh jalan lg.sbg parents,xpayah la nk kalut kalu anak2 lmbt berjalan.setiap budak2 bkn sama tahap pencapaian mereka.doakanlah yg terbaik utk anak2 kita. di bawah ni ada aku selitkn info cara2 mendidik anak mengikut tahap umur mereka,sbg rujukan dikemudian hari;
menurut ulama Islam,4 tahap mendidik anak;
1.tahap pertama;anak yg baru lahir sehingga mumayyiz (6tahun).hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan men jaga anak.
2.tahap kedua;anak berumur 7 tahun hingga baligh.
hendaklah kita mendidik dengan arahan,displin dan memberi tanggungjawab.
3.tahap ketiga;anak berumur 15tahun hingga dewasa(21 tahun).
hendaklah dididik dengan cara berkawan,bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
4.tahap keempat;anak berumur lebih dari 21tahun.
hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar tindakan mereka terkawal

*petikan dari majalah pa&ma dec2010,ms 20.